Aku kini tamat persekolahan... sebaik sahaja aku tamat persekolahan aku berhijrah ke kuala lumpur, aku tinggal bersama abang sulungku... kisahnya bermula di sini, sewaktu zaman sekolah aku mencintai seorang gadis bernama Norhayu Binti Hanfi... Ini lah cinta pertama dalam hidupku... aku amat menyayangi si dia, sewaktu aku berada di kuala lumpur aku setiap hari menelifon si dia untuk melepaskan rindu, sehinggalah pada satu hari si dia enggan bercakap dengan ku... aku mula risau, aku menelifon kawannya bertanyakan hal sebenar, kawannya juga adalah rakan sekelasku, jadi aku mempercayai apa yang dikatakan kawan ku itu... si dia memesan kepada kawan ku agar memberitahu kepada ku bahawa si dia tak mahu lagi digangu oleh ku...
Aku merasa amat bingung... Aku mula tertekan... segala tidakkan ku tak keruan... aku berkeliaran di kota mencari ketenangan... aku memerhatikan orang, bermacam ragam... aku memerhatiakan seorang lelaki menghisap sebatang rokok, dan beliau membuangnya... aku merasakan satu persaan teringin untuk menghisap rokok... bagi ku ketika itu dengan cara menghisap rokok dapat menghilangkan segala tekanan yang sedang aku hadapi.. aku pun terus membeli sekotak rokok untuk melepaskan tekanan yang ku hadapi ketika itu... Begitu lah bermulalah kehidupanku sebagai seorang perokok...
Aku dikenali bukanlah reorang perokok oleh rakak-rakanku di kampung... kini aku pulang ke kampung sebagai perokok... ramai di kalangan rakan sebaya ku menghisap rokok, aku mula bergaul dengan mereka... sehinggalah aku mengenali sejenis dadah yang dinamakan ganja.... aku merasakan perasaan ingin mencuba terhadap ganja... aku menyuruh kawan ku membeli ganja tersebut... selepas itu aku mula hanyut dengan keseronokan ganja... sampai satu tahap aku dan seorang rakan ku menjual ganja... aku mula hanyut dalam kehidupan di lembah yang hina... aku mula ingin mencuba semua jenis-jenis dadah yang ada di pasaran.. aku mula mengenali pil-pil coftdet dan nospan pada ketika itu... aku hanyut lagi dengan keseronokan yang memusnakkan diriku itu yang tak kusedari pada ketika itu... aku bercampur dengan rakanku yang menghisap gam, sampailah pada satu hari aku bergaduh dengan kawan karibku yang ku kawan sejak sekolah rendah, beliau mengetahui aku menghisap gam dan mencari aku kerana beliau menganggap aku rakan baiknya... kami bergaduh dan aku kehilangan seorang sahabat yang baik disebabkan gam... sungguh ku kesali peristiwa itu... dan aku tidak lagi menghisap gam...
walaupun aku tidak menghisap gam aku terus hanyut dalam kehayalan dadah... aku kini menghisap ganja tegar...
sehinggalah aku ditawarkan belajar di sebuah universiti teknologo mara dalam jurusan pra perdagangan, namun aku terus dalam kehayalan ganja, sehinggalah aku tidak lulus dalam peperiksaan akhir dan aku dibuang oleh pihak universiti... namun aku belum lagi sedar....
aku terus dalam kehanyutan keseronokan sementara ini....
aku kini mengenali cordin atau ubat batuk.... aku telah masuk ke sebuah pusat pengjian swasta iaitu kolej CT IT.... di sini lah aku hanyut dan leka dengan khayalan ubat batuk.... aku mula ketagih sehinggakan cirit birit jika tidak minum ubat batuk.... semasa aku di kolej aku ada seorang teman wanita, aku telah mempergunakan beliau untuk kepentingan ku untuk melepaskan ketagihan ubat batuk... hubungan aku dengan dia hanya aku gunakan untuk kepentingan diriku waktu itu...
selepas itu ada seorang junior lelaki masuk ke kolejku, aku agak iri hati kerana beliau lebih kacak dari ku... tapi rupa2nya dia merupakan "shemale" hehehehe.... tapi dia mmg lembut semulajadi, kini ku sedar kesilapan ku, mungkin perkara ini berlaku disebabkan juga oleh faktor dirinya sendiri kerana nalurinya lebih kearah kewanitaan, tapi segalanya berpunca dari aku. Bayangkan bertapa sygnya dia padaku sehingga dia sanggup menghabiskan wang ringgit untuk perbelanjaan keperluan ubat batuk ku kerana pada ketuika itu aku menggilai dadah jenis cordin iaitu ubat batuk oleku di ketika itu....
namun telah aku mohon maaf di atas sefala salah dan silap ku dan beliau mengampunkan segala kesipan lempau kami bersama.... *(x perlulah aku nyatakan segala perkara sulin yang terjadi di antara kami berdua)
dan selepas itulah juga aku mula mengenali pil kuda yang dibawa oleh rakan2 kolej ku pada ketika itu..... begitulah serba sedikit....
KESILAPAN KU SENDIRI....
Semasa aku masih di kolej ct (jitra) aku telah melanjutkan ke pengajianku ke peringkat diploma di kolej ct (taiping), dan pada ketika itu lah aku mendaapat bantuanan kewangan mara... jumlah wang tersebut sebanyak RM1500..... pada zaman itulah aku amat gembira sekaliv kerana memegang wang ssebanyak itu.... x dapat ku gambarkan abertapa gembiranya aku waktu itu... dengan wang sebanyak itu ramai rakan-rakan ku membeli telefon bimbiy, namun jiwaku ke arah musikal dan aku membeli sebuah guitar.... gitar itu masih ada bersamaku dan kujadikan isa sebai kenangan sanubariku....
namun demikin aku menjadi semakin tamak, akibat terlalu menggilai ubat batuk cordon ketika itu, aku melaburkan sedikit modal pusingan kepada seorang rakan ku, namun segala pelaburan itu hanyalah sia- sia belaka......
Segalanya bemulah dari sini sebaiksaja aku mendapat wang pinjaman tersebut aku melaburkan wang itu kepada rakanku sebagai modal untuk jual dadah, dan rakan ku bersetuju akan memasukkan wang hasil dari jualan itu kepadaku untuk kos perbelanjaan ubat batuk, kerana aku ketagihan ubat batuk cordin ketika itu....
masa demi masa, hari demi hari, perniagaan kami bolah dikatakan maintain saja... x berapa meningkat cuma di takuk yang sama.... namun semua rakan-rakan di kampung ku kini terjebah dengan ketagihan dadah jenis heroin.... aku juga terjebak..... namun aku hanya sekadar isap sekali sekala....... hari demi hari akhirnya perniagaan dadah aku dan rakanku bankrup...
namun demikian ketika aku sedang belajar di kolej tersebut, aku ditawarkan berkhidmat di tenaga nasional di cawangan TNBD Jln Meru, Klang Selangor.... namun aku masing lg menagih ubat batuk cordin pada ketika itu.... aku sering ke central market untuk mendapatkan bekalan..... pada awalnya aku berkerja, aku menetap bersama abang sulung ku... selepas itu aku berpindah ke shah alam tinggal bersama rakan sekerja ku, namun aku kerap berulang ke central market untuk mendapatkan bekalan ubat batuk cordin yang aku tagih setiap hari, hianggalah satu hari aku terjumpa sebuah farmasi yang menjual ubat batuk berkordin.....
setiap hari aku akan ke farmasi tersebut utk mendapatkan stok..... hidupku semakin melayang... bagiku ketika itu ubat batuk merupakan segala-galanya.... umpama aku berada di syurga ketika menikmati ubat batuk tersebut..... namun rakan ku masih terjebak dengan heroin, yang dijual oleh rakanku yang ku ceritakan tadi.....
HEROIN!!!
Selepas itu aku berpindah ke klang kerana rakanku juga telah berhijrah dan berkerja di klang.... aku pun berpindah dan menetap bersama-sama rakan sekampung ku di seksyen 32 shah alam.... sehara liku hidup kami harungi bersama.... Hari demi hari aku semakin kurang meminum ubat batuk, fukusku semakan menghala ke arah heroin... pada mulanya aku dan rakan-rakan ku sering ke pudu raya untuk mendapatkan heroin, pada ketika itu aku mengambil heroin dengan cara chasing of the dragon, aku tahu akibat dan kesan-kesannya, mungkin aku ditakdirkan begini, namun bukan niat ku untuk menyalahkan takdir, segala yang terjadi adalah berpunca dari diri kita sediri, pegangan perjalanan hidup kita, dan nawaitu kita.... aku mula ketagih heroin.... aku tidak lagi minum ubat batuk.... kini fokusku hanyalah heroin...... hari demi hari aku mengambil heroin, aku mula berani mencari pengaih-penagih yang berkeliaran di kota, tujuanku untuk memudahkan aku mendapatkan bekalan di kawasan yang lebih hampir dengan tempat duduk ku... hanggalah pada satu hari aku bertemu Tokan berbangsa India bernama Mani... Aku kini mudah mendapatkan bekalan... hari-demi hari, aku mengambilnya.... aku semakin advance... aku mula gian... aku hilang pertimbangan... aku hilang pendirian.... hidupku ketika itu hanya pentingkan heron sahaja... itulah keutamaan aku ketika itu...... hari demi hari gian semakin kuat, boleh dikatakan tanpa heroin aku x terdaya melakukan apa jua, dan hanggalah pada satu ketika sewaktu aku berkhidmat dengan TNB di mana staf kontarak diwajibkan kursus untuk diserap menjadi staf... namun aku tak terdaya meneruskan kerana bekan heroin ku tiada siketika itu, akhirnya aku tidak dapat meneruskan kontrak tersebut keran aku tidak hadir menjawab peperiksaan satu matapelajaran kursus tersebut, perkara ini berlaku di sebabkan aku gian dan aku pergi mendapatkan heroin, namun aku terlewat sampai untuk menuduki ujian tersebut... aku pasrah dan pulang ke kampung dalam keaadaan gian...
KETUM & SET
Selepas pulang aku mula meminum ketum untuk menghilangkan rasa ketagihan heron ku... dan aku terus menagih ketum... jika difikirkan ianya tiada kesudahan, namu aku terus menagih ketum.....