Aku dilahairkan pada tahun 1981… Dan bermula lah sebuah kehidupan pada tanggal 21 Disember 1981… Aku merupakan anak keempat dari lima orang adik beradai di dalam keluargaku… dalam mengharungi kehidupan aku di besarkan oleh kedua ibu bapa yang amat bertanggungjawab dah amat ku sayangi… aku mempunyai dua orang abang seorang kakak dan seorang adik lelaki…
Zaman ku pun berlalu semenjak ku dilahirkan… aku dibesarkan di sebuah daerah terletak di utara semenanjung Malaysia… aku sekeluarga tinggal si sebuah taman, walaupun pada nama ia merupakan taman, namaun suasana kehidupan bagaikan berada di sebuah kampong yang aman bahagia… dan di taman ini lah juga lahirnya seorang lagi insane iaitu adik perempuan ku sendiri…
Aku mempunyai dua orang rakan atau jiran yang sering aku kunjungi rumah mereka untuk bermain bersama… seorang perempuan dan seorang lelaki yang masing-masing umur sebaya denganku… Si Ag dan Si Ina… Merekalah sahabatku di zaman kanak-kanak ku hehehe… Aku masih ingat pada zaman itu aku sering ke rumah Ag bersama-sama Ina untuk mandi bersama-sama kerana Si Ag mempunyai kolam mandi PVC yang dibeli oleh Ibu beliau... Kira dahsyat la masa tu boleh mandi kolam, hehehehe… Aku juga begitu rapat dengan ibu bapa Ag dan Ina hinggakan ibu Si Ina di panggil Makteh dan Ibu Si Ag dipanggil Maksu dan Ibuku dipanggil Makanjang, begitulah keakraban hubungan kami sesama jiran… Namun kini masing-masing mempunyai hala tuju masing-masing dan segala yang berlalu menjadi kenagan indah zaman kanak-kanak ku…
Zaman kanak-kanak ku pun berlalu… aku dimasukan ke sekolah pengajian Pra atau lebih dikenali sebagai tabika, setiap hari ibu kesayangan ku akan meneman ku di tabika tersebut, namun demikan aku sentiasa memberontak tidak mahu berada di tabika tersebut… akhirnya aku pun berhenti dari tabika tersebut… itu zaman pra persekolahanku yang berakhir begitu sahaja…
Zaman ku terus berlalu, kini ku dimasukkan ke sekolah rendah iaitu tahun satu……………………………. Aku masih belum mengerti maksud persekolahan… aku tidak mahu bersekolah pada ketika itu, namun berkat kesabaran ibu ku aku Berjaya juga bersekolah di sebuah sekolah berdekatan dengan rumah ku… di zaman persekolahan ku aku mempunyai ramai guru dan kawan-kawan… masih ku ingat lagi seorang guru yang amat digeruni di sekolah tersebut… telah lama aku tidak mendengar khabar mengenai guru tersebut… sekiranya guru yang dimaksudkan terbaca laman blog ku ini aku memohon ampun kerana aku menyatakan nama mu iaitu Cikgu Radzi… cikgu radzi amat garang sekali… zaman sekolah rendah ku berlalu… aku ditempatkan dalam sebuah kelas dan mempunyai ramai kawan… masih ku ingat sebuah tragedy yang menimpa diriku di zaman sekolah rendah ku, seorang rakan bernama zul… zul telah menorah kepalaku denga pisau yang meninggalkan parut hingga sekarang.. hahaha…. Itu la serba sedikit….
Zaman sekolah rendah ku penuh kenagan sanubari ku, aku mempunyai beberapa orang rakan, dan antaranya adalah si Wafi, mungin Wafi masih mengingatiku… hingga kini aku masih bertemu dengan wafi tapi sekadar bertemu dan tidak pernah bertegur, mungkin wafi sudah kabur dengan perubahan ku dari zaman kanak-kanak hingga kini zaman dewasa… wafi boleh dikatakan menjadi pelindung ku di zaman sekolah rendah ku, kerana aku adalah seorang yang berbadan kecil dan mudah dibuli orang lain… hahahaha kelakar la pulak… biarkan la wafi… masa terus berlalu, zaman persekolahan pun berlalu, dari darjah satu ke darjah dua, tiga dan seterusnya….
Zaman kanak-kanak penuh kegembiraan, tidak bermasalah seperti zaman dewasa… masih ku ingat lagi di zaman kanak-kanak, aku di beri jadual untuk bermain di luar rumah… hahahaha… boleh dikatakan setiap hari aku menanti saat untuk keluar bermain di luar rumah… aku sering bersama abang kedua ku, kami agak rapat di zaman kanak-kanak… segala aktiviti di rumah kami lakukan bersama dan bermain di luar rumah pun bersama…
Masih ku ingat seorang lagi rakanku di zaman kanak-kanak ku… Saiful Rizal atau Put… Put adalah seorang rakan karibku di zaman kanak-kanak ku, Put merupakan seorang yang berketurunan sedikit mamak… hmmm… boleh dikatakan Put merupakan dari keluarga yang senang… kerana beliau memiliki permainan video atau dikenali video game, pada ketika itu video game boleh di ibaratkan sebagai permainan yang best la katakan… aku sering mengunjungi rumah Put untuk bermain video game tersebut… masih ku ingat jelas pada waktu itu kami bermain game yang diberinama Contra… kira pecah kepala la waktu tu boleh main video game… hehehe… kanak-kanak la katakana… Aku dan Put sering bersama namun kini semuanya hanya tinggal kenangan yang abadi…
Zaman kanak-kanak dipenuhi kegembiraan tawa riang dan gembira. Aku sering bermain bersama abang ku dan rakan-rakan yang tinggal berdekatan kawasan rumahku… berbagai kenangan kami lalui bersama, bermain kejar mengejar, aci sembunyi, main masak-masak bersama rakan-rakan perempuan dan macam-macam lagi…
Masih ku ingat pada zaman sekolah rendah aku talah diberi hadiah oleh abah… abah telah menghadiahkan aku sebuah basikal BMX yang amat cantik dan amat aku sayangi… Aku menaiki basikal untuk pergi ke sokolah bersama-sama 3 orang lagi rakan. Pada ketika itu aku mempunyai dua orang rakan karib, kami bertiga sering bersama berbasikal ke sekolah… Keakraban kami hanggalah kami menggelarkan kami sebagai kumpulan MAWAJA iaitu gabungan nama kami bertiga Man, Wan dan Jan… Aku juga mempunyai seorang lagi rakan yang agak rapat denganku ya itu Azrin, boleh dikatakan kami berempat setiap hari ke sekolah bersama-sama. Namun pada satu hari satu tragedi menimpa ku, sebaik saja aku pulang dari sekolah aku dapati basikal BMX kesayanganku telah tiada… kami berempat mencari di kawasan sekitar dan nyata basikalku telah tiada… aku amat sedih hangga nak menangis pada waktu itu, namun basikal ku sudah dicuri orang.. semasa rakan-rakan ku mencari basikal itu Man telah terserempak dengan seekor ular, akibat terkejutkan ular tersebut, Man diserang demam akibat kejadian tersebut…
Pada darjah 6 aku berpindah kelangkawi. aku dan keluara mentap di sebuah kuatert tepat ayahku berkerja... namun aku masih ingat aku dibuli pleh budak-budak nakal di sana, tujuan ku untuk berkenalan... selepas itu merka memaksa aku panjat pokok, dan mereka membaling bola kepadaku bertalu2.. namun mungkini merupakan satu kejadian yang akan ku ingati sampai bila2... syukurlah selepas tragedi itu aku mula rapapat diantara merekan dan menhadi rakan-rakan merek, bermain bersama-sama..... *begitu la lebih kurang...
SEKOLAH MENENGAH (Langkawi/Jitra)
Aku bersekolah di sebuah sekolah di langkawai bermula dari dari tangkatan 1 hangga tingkantan 3, kerana keluargaku berpindah semula ke jitra, namun aku merasakan tida ada apa-apa yang menarik sewaktu aku berada di sekolah tersebut....
Kemudain aku pun bertukar sekolah yang berdekatan fengan tempat rumahku...
masih lagi ku ingat seorg guru telah mengetuk kepala saya krn beliau menuduh sy sengaja tidak bawa buku tersebut, tapi hak yang sebenarnya cikgu tersebut tidak tahu yang aku merupkan seorang pelajar baru dan kejadian tersebut berlaku pada hari aku mula-masuk ke sekolah tesrbut.... apa nk buat dah nasib badan....
Pada darjah 6 aku berpindah kelangkawi. aku dan keluara mentap di sebuah kuatert tepat ayahku berkerja... namun aku masih ingat aku dibuli pleh budak-budak nakal di sana, tujuan ku untuk berkenalan... selepas itu merka memaksa aku panjat pokok, dan mereka membaling bola kepadaku bertalu2.. namun mungkini merupakan satu kejadian yang akan ku ingati sampai bila2... syukurlah selepas tragedi itu aku mula rapapat diantara merekan dan menhadi rakan-rakan merek, bermain bersama-sama..... *begitu la lebih kurang...
SEKOLAH MENENGAH (Langkawi/Jitra)
Aku bersekolah di sebuah sekolah di langkawai bermula dari dari tangkatan 1 hangga tingkantan 3, kerana keluargaku berpindah semula ke jitra, namun aku merasakan tida ada apa-apa yang menarik sewaktu aku berada di sekolah tersebut....
Kemudain aku pun bertukar sekolah yang berdekatan fengan tempat rumahku...
masih lagi ku ingat seorg guru telah mengetuk kepala saya krn beliau menuduh sy sengaja tidak bawa buku tersebut, tapi hak yang sebenarnya cikgu tersebut tidak tahu yang aku merupkan seorang pelajar baru dan kejadian tersebut berlaku pada hari aku mula-masuk ke sekolah tesrbut.... apa nk buat dah nasib badan....